Make your own free website on Tripod.com

RASUKAN MAKHLUK HALUS DAN FAKTOR-FAKTORNYA.

Rasukan ialah satu perkara yang berkaitan dengan gangguan atau kekacauan akal (mental) seseorang manusia. Si mangsa tidak sedar apa yang diucapkannya dan dia juga tidak mampu menghubungkaitkan dengan apa-apa yang sedang atau yang telah diucapkan lantaran hilangnya daya ingatan sebenar akibat berlakunya kekacauan terhadap sistem saraf otak. Kekacauan di mental akan secara langsung menyebabkan berlakunya kekacauan di bahagian-bahagian lain yang telah dirasuk itu.

Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar Al ‘Asqalani, rasukan (tidak sedarkan diri) adalah disebabkan oleh sesuatu faktor, yang mengakibatkan berlakunya halangan anggota badan utama dari berfungsi secara sempurna tetapi ia bersifat sementara sahaja. Rasukan boleh juga berlaku disebabkan oleh perbuatan khianat jin. Hal ini berlaku hasil perbuatan sekumpulan jin-jin sama ada bertujuan untuk mengenakan penyiksaan terhadap si mangsa atau kemungkinan juga untuk menolong.

Sesungguhnya perihal rasukan ini telah thabit berdasarkan nas-nas al-Quran, hadis-hadis sohih serta akal. Ia benar-benar belaku dan mampu disaksikan oleh pancaindera. Firman Allah s.w.t.:

Mafhumnya : “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang-orang yang dirasuk syaitan lantaran (terkena) penyakit gila”.

Menurut Al-Hafiz ibnu Kathir : “Maksud ayat tersebut adalah, mereka yang merlibatkan diri dalam sistem pengambilan riba, kedudukannya tidak akan tenang sebaliknya ialah seperti orang yang terkena rasukan syaitan, iaitu keadaannya menjadi sasau dan akibatnya selalu meracau-meracau. Jelasnya itulah satu bentuk kedudukan yang sangat keji dan buruk.”

As Syeikh Muhammad al-Hamid telah berkata : “Jin adalah satu makhluk yang berjisim tetapi lembut dalam dalam hal ini dalil-dalil akal juga tidak menolak keupayaan makhluk tersebut membolosi ke dalam tubuh badan manusia. Ini adalah kerana sesuatu unsur yang lembut itu mampu membolosi ke dalam sesuatu objek yang padat. Contohnya udara dapat masuk ke dalam tubuh badan kita. Api pula, ia mampu membolosi arang. Cas elektrik dapat membolosi dawai-dawainya. Begitu juga dengan air yang dapat membolosi tanah, pasir, juga kain.

Katanya lagi, tragedi-tragedi kemasukan jin ke dalam tubuh badan manusia dapat disaksikan dengan jelas bahkan banyak sekali berlaku sehingga tidak terhitung banyaknya. Sekiranya ada manusia yang mengingkari hakikat tragedi-tragedi ini, maka ternyata itu hanyalah merupakan satu kenyataan dan seruan ke arah kebatilan.

Pendirian Doktor Mengenai Rasukan. Salah seorang cendikiawan Amerika (Carl Jonhson), kakitangan Persatuan Kajian Biologi pernah komen mengenai rasukan berkata : “Sebenarnya masalah rasukan ini merupakan suatu perkara yang realiti yang tidak boleh diambil ringan oleh sesiapa pun, lantaran banyak sekali tragedi-tragedi yang berlaku di kalangan masyarakat. Selagi mana perkara tersebut wujud, selagi itulah ia menjadi tajuk penting serta wajib dipelajari dan ia tidaklah terbatas kepada bidang akademik sahaja.

Doktor Ahmad as-Sabahiy ‘Abdullah berpendapat : “Penyakit tidak sedar atau terkena rasukan ini adalah hasil dari perbuatan roh-roh bumi yang jahat. Hanya roh-roh yang mulia mampu memberi tentangan terbaik terhadap kejahatan tersebut agar si mangsa pulih semula.

Tanda-tanda Jin Telah Merasuk Manusia

Penyakit rasukan ini adalah berlainan dengan bentuk-bentuk penyakit anggota yang lain. Ia mempunyai petanda-petanda khas yang amat penting diketahui. Kadang ada juga berlaku percampuran antara penyakit anggota badan biasa dengan rasukan jin. Tanda-tanda adanya rasukan ada dua tanda, iaitu Ketika tidur atau ketika jaga.

Tidur adalah nikmat Allah yang tiada gantiannya. Ia adalah merupakan proses mengembalikan ketenangan dalam diri di samping meredakan pelbagai penyakit dan masalah. Apabila seseorang itu mengalami masalah tidur, ini bererti dia mengalami gangguan rohani dan jasmaninya. Gangguan tidur boleh memberi kesan yang negatif dalam kehidupan kerana ia menyebabkan seseorang tidak boleh berfikir dengan tenang, mudah marah dan terganggu.

1. Mimpi Yang Menakutkan

Setiap orang yang hidup tidak terlepas dari mimpi sama ada mimpi yang menakutkan atau tidak. Mimpi boleh berlaku sama ada telah lena daripada tidur atau hampir terlena. Jika mimpi yang menakutkan itu terjadi ketika seseorang itu hampir terlena, lebih memudah kesihatannya terganggu kerana sukar untuk tidur semula dan ia akan meras takut yang amat sangat.

Banyak gambaran mimpi yang menakutkan. Di antaranya bermimpi melihat makhluk-makhluk halus yang menakutkan dan hendak menggangunya atau bermimpi melihat keranda orang mati, melihat tanah perkuburan, atau bermimpi melihat binatang-binatang tertentu seperti ular, ayam hutan dan sebagainya.

Iblis dan syaitan boleh memberi mimpi. Biasanya mimpi dari iblis dan syaitan adalah yang menakutkan. Ada beberapa keterangan hadis mengenai mimpi ini, antaranya :

Mimpi yang baik dari Allah dan mimpi yang menakutkan dari syaitan. Kerana itu apabila seseorang daripada kamu bermimpi buruk, ia hendaklah berlindung kepada Allah dan meludah ke kiri, maka yang demikian itu tidak akan membahayakannya.

2. Histeria.

Menurut Dr. Hatta Sidi, pakar psikiatri, Jabatan psikiatri, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Penafsiran histeria terlalu umum sehingga semua orang menggunakannya. Ia mempunyai tafsiran yang berbeza-beza sehingga penyakit sawan juga dikatakan histeria. Oleh itu kajian perubatan dekad ini memutuskan untuk tidak lagi menggunakan histeria, sebaliknya menggunakan conversion disorder atau gangguan konversi. Cerita Dr. Hatta, histeria berasal dari bahasa latin yang bermaksud rahim yang menerawang. Pada zaman greek dulu histeria dilaporkan berlaku, kebanyakan mangsa adalah wanita.*islam

Histeria merupakan kemuncak gangguan personaliti yang menyebabkan kehilangan fungsi fizikal. Ia mungkin disebabkan oleh gangguan psikologi, atau sebab tekanan hidup yang berpanjangan, kebimbangan, ketegangan akibat konflik individu dan sebagainya. Dengan tekanan terus menerus ini menyebabkan daya ketahanan individu lemah dan ini memberi peluang kepada makhluk-makhluk halus untuk merasuk akal manusia.

Individu berkenaan akan memperlihatkan tanda-tanda histeria seperti menjerit-jerit, melolong, berkata-kata dalam bahasa yang tidak difahami dan sebagainya. Menurut at-Tibbu ‘n-Nabawi, sakit seumpama inilah yang dinamakan rasukan iaitu akibat rasukan roh-roh jahat yang menyerang roh manusia yang memberi kesan buruk pada fizikal orang berkenaan.

Rasukan yang terjadi pada diri seseorang itu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

1. Rasukan dari roh-roh jahat yang berada dimuka bumi.

2. Rasukan campuran daripada roh-roh jahat kotor atau disebabkan oleh kuman. Ini boleh terjadi kepada manusia yang bersahabat dengan makhluk halus yang akhirnya merasuk diri sendiri. Rasukan jenis ini juga boleh terjadi berpunca daripada kuman-kuman yang merasuk urat saraf pada bahagian-bahagian tertentu anggota manusia, terutama bahagian kepala, ataupun berpunca daripada kecacatan akibat kemalangan yang kemudiannya di tambah dengan gangguan makhluk-makhluk halus.

3. Membisik suara ganjil.

Bisikan-bisikan suara ganjil yang di dengar oleh seseorang adakalanya merupakan peintah atau arahan untuk dilakukan oleh orang berkenaan. Ada juga yang merupakan suara biasa seperti orang yang sedang berbual tetapi tidak dapat didengar dengan jelas. Walau macam mana bentuk sekalipun, ia adalah terlalu mengganggu. Ada pesakit yang melawan suara tersebut dan ada juga yang mengikut pada satu tahap tertentu. Keadaan ini berbeza mengikut bagaimana sakit ini berpunca.

Tindak tanduk diri pesakit adalah sebagai tindak balas daripada bisikan yang didengar, sama ada menurut atau melawan bisikan tersebut. Hal tersebut terjadi terutama apabila fikirannya mula terganggu. Dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila.

4. Mengekori manusia.

Makhluk-makhluk halus ada ketikanya mengekori manusia dan menjelmakan diri, menyebabkan seseorang itu dapat melihat dalam bentuk manusia atau dalam bentuk menakutkan atau dalam bentuk manusia kemudianya bertukar kepada rupa yang menakutkan yang dapat dilihat jelas oleh mata. Gangguan ini menyebabkan seseorang itu hilang pengawalan diri dan menyebabkan berlaku kemalangan waktu memandu kenderaan.